Doa adalah ibadah sebagaimana sabda Rasulullah SAW. Umat Islam diperintahkan agar sentiasa mengingati & memohon sesuatu hanya kepada Allah SWT. Hampir seluruh aktiviti hidup seorang Muslim dimulai dan diakhiri dengan dengan doa. Mulai dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang besar.
Umat Islam mesti yakin bahawa cara yang paling tepat untuk mendekatkn diri kepada Allah SWT ialah dengan cara yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW.
Siri Buku Doa ini disusun dalam 3 jilid ;
Siri Buku Doa Jilid 1 dimulakan dengan doa-doa dari Al-Quran, diikuti pula doa-doa dari As-Sunnah yang merupakan doa-doa memohon keampunan rahmat dan kebaikan, serta doa-doa memohon berlindung daripada bermacam-macam keburukan dan kecelakaan.
Siri Buku Doa Jilid 2 mengandungi doa dan wirid harian dan zikir atau bacaan tertentu ketika di situasi tertentu.
Siri Buku Doa Jilid 3 mengandungi zikir dan bacaan yang berkaitan dengan solat. Pelbagai jenis bacaan yang boleh dibacakan tetapi tidak mungkin dapat diamalkan kecuali kita belajar untuk menghafalnya terlebih dahulu.
Buku ini sesuai dijadikan : Buku panduan amalan harian, juga sesuai dijadikan hadiah sesama muslim di majlis perkahwinan, hadiah kejayaan dan amat sesuai di jadikan sebagai bahan perlu dimiliki oleh setiap orang mukmin.
Semoga buku ini dapat memberi manfaat dan bimbingan kepada kita semua sepanjang menjalani kehidupan dan terus-menerus mendapat keredhaan-Nya kelak.
Buku doa ini akan di jual dengan harga promosi satu set rm20
Dapatkan Buku doa ini di Booth Darul Ta'lim di no 3115
Sah sehingga 29 Julai 2007
|